SEJARAH KESULTANAN JOHOR

PENGENALAN
  • Pada tahun 1528 Sultan Alauddin Riayat Shah dari keturunan kesultanan Melaka telah membuka Johor dan bertapak di Johor Lama.
  • Dinasti ini memerintah Johor sehingga tahun 1699 iaitu tarikh kemangkatan Sultan Mahmood yang dikatakan dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bintan).
  • Sultan Mahmood tidak mempunyai waris yang sah dan oleh itu pengurusan dan pentadbiran Johor berpindah kepada Dinasti Bendahara iaitu menteri-menteri yang membantu Dinasti Kesultanan Melaka. Oleh sebab perperangan dan bagi mengekalkan kuasa perdagangan, ibu negeri Johor berpindah sebanyak 20 kali di sepanjang Sungai Johor termasuk pada akhirnya di Kepulauan Riau.
  •  Dalam tahun 1769 Sultan Mahmood lll diangkat sebagai Sultan Johor Riau. Baginda melantik Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor. Inggeris mengiktiraf Temenggong Abdul Rahman Ibni Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor Singapura.
  • Perlantikan ini merupakan titik permulaan Dinasti Temenggong memerintah Johor. Inggeris seterusnya melantik Sultan Husain anakanda Sultan Mahmood sebagai Sultan Johor Singapura pada tahun 1819.
  • Anakanda Temenggong Abdul Rahman iaitu Temenggong Daeng Ibrahim dilantik Temenggong Johor selepas kemangkatan ayahanda nya pada 1825.
  • Perlantikan Baginda disahkan 14 tahun selepas kemangkatan ayahanda Baginda disebabkan keengganan Inggeris dan keraguan Sultan Husain.
  •  Pada 10 Mac 1855 Sultan Johor iaitu Sultan Ali Iskandar Shah telah menyerahkan keseluruhan kerajaan dan negeri Johor melainkan jajahan Kesang kepada Temenggong Ibrahim melalui satu perjanjian.
  • Kemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun 1877 menandakan tamat pemerintahan Dinasti bendahara.
  • Setelah mempunyai ketuanan Johor, Temenggong Daeng Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjong Puteri pada tahun 1855. Bermula dari tarikh itu zahirlah pentadbiran kesultanan Johor moden diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim dan diperkasa dan diperkukuhkan oleh Sultan Abu Bakar.


TEMENGGONG DAENG IBRAHIM

Daeng Ibrahim menggantikan ayahanda Baginda Temenggong Abdul Rahman yang telah mangkat pada 8 Disember 1825 sebagai Temenggong Johor.Dengan kebijaksanaan Baginda di samping mendapat kepercayaan penuh daripada Inggeris, pemerintahan Johor diserah kepada Temenggong Daeng Ibrahim daripada Sultan Ali melalui Persetiaan 10 Mac 1855.Dengan ini bermulalah Kesultanan Johor moden dibawah pemerintahan Dinasti Temenggong.Hasrat British yang ingin menjadikan Johor sebagai kawasan pedalaman yang banyak membantu pertumbuhan Singapura sebagai pusat perdagangan antarabangsa,telah membolehkan Temenggong Ibrahim menjadikan Johor sebagai pusat pengeluaran lada hitam dan gambir melalui Sistem Kangchu Cina dan Sistem Buruh Kontrak Jawa.Tahun 1855 merupakan titik permulaan pemodenan Johor, Temenggong Ibrahim membuka Iskandar Puteri sebagai Pusat Pemerintahan Johor dengan mendirikan balai polis, mahkamah dan jabatan-jabatan lain secara berperingkat. Usaha untuk memajukan Johor bermula dengan mewujudkan keamanan dengan menghapuskan kegiatan pelanunan dan memajukan pelajaran anak-anak Melayu.



SULTAN ABU BAKAR
Sultan Abu Bakar diputerakan pada 3 Februari 1833 apabila Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 1862, Abu Bakar dilantik sebagai Dato’ Temenggong Sri Maharaja Johor, dan pada tahun 1868 dipendekkan kepada gelaran Maharaja sesuai dengan taraf Baginda dikalangan antarabangsa. Baginda berjaya mengukuhkan kedaulatan dan ketuanan Johor apabila secara rasmi Kesang diletakkan di bawah pemerintahan Baginda pada tahun 1877. Melalui Perjanjian Setia 1885, Maharaja Abu Bakar dan waris-waris Baginda yang menyusuli diiktiraf oleh Inggeris memakai gelaran Sultan Johor. Berikutan Perjanjian Setia, Baginda menubuhkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Terdahulu dari itu pada tahun 1866, Baginda menukarkan nama bandar Iskandar Puteri kepada Johor Bahru. Pada tahun 1871, Baginda mereka semula bendera Negeri Johor serta bendera peribadi raja.Bandar Johor Bahru dan Negeri Johor terus dimajukan, dan Dato’ Jaafar Muhammad dilantik sebagai Menteri Besar Johor pertama. Pelbagai Jabatan Kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Perbendaharaan, Polis, Penjara, Jabatan Tanah dan Ukur, Kerja Raya, Jabatan Laut, Johor Arsenal, Perubatan, Pos dan Pelajaran. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor yang merupakan Negeri Melayu pertama mengadakan undang-undang itu. Perladangan lada hitam dan gambir dimajukan dengan membawa masuk peladang Cina dan buruh Jawa. Pada tahun 1883 Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk memajukan pelajaran anak-anak Melayu Johor. Baginda telah dimahkotakan pada tahun 1886 dengan memakai mahkota yang Baginda sendiri ilhamkan. Dalam istiadat itu Baginda menzahirkan Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota Johor. Mahkota dan darjah kebesaran itu menjadikan Johor negeri pertama berbuat demikian.




SULTAN IBRAHIM
Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim diputerakan pada 28 Oktober 1894 di Istana Semayam, Johor Bahru. Pada 7 September 1895, Baginda dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor, dan dimasyhurkan perlantikannya sebagai Sultan Johor apabila Paduka Ayahandanya mangkat di London pada 8 Mei 1959. Baginda telah dimahkotakan pada 10 Februari 1960. Sultan Ismail mula menerima pendidikan Melayu dan Inggeris di Johor Bahru dan kemudian meneruskan pendidikan Baginda di England bersama dua orang adindanya dan Onn Jaafar pada tahun 1904. Pada tahun 1910 Baginda kembali ke Johor meneruskan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada 1913, sekali lagi Baginda berangkat ke London untuk mempelajari tentang pentadbiran negeri. Semasa pemerintahan Baginda Sultan Ismail, Negeri Johor menjadi maju dan makmur. Sebelum ditabalkan menjadi sultan, Baginda telah beberapa kali dilantik menjadi Pemangku Raja dan berupaya melaksanakan pemerintahan dan tugas penting . Baginda telah merasmikan Kongres Melayu pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru yang membawa kepada penubuhan UMNO. Sultan Ismail telah menerima tabik hormat perarakan raksasa menyambut kemenangan Inggeris memerintah semula Tanah Melayu pada 8 Jun 1946 di Jalan Ibrahim, Johor Bahru, setelah Jepun menyerah kalah. Ketika menjadi Sultan, Baginda sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan Negeri Johor, antaranya ialah Penubuhan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Projek Johor Barat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Pelabuhan Pasir Gudang. Lapangan Terbang di Senai, mula beroperasi pada tahun 1973. Bagi memajukan Agama Islam, Majlis Agama Islam juga ditubuhkan ketika pemerintahan Baginda. Baginda mangkat pada 10 




Image result for SULTAN ISKANDAR
SULTAN ISKANDAR

Sultan Iskandar diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru dan pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Pada tahun 1952, Baginda berangkat keAustralia untuk melanjutkan 

pelajaran di Trinity Grammar School. Setelah tamat persekolahan menengah Baginda meneruskan pelajaran tinggi di Isle of Wight, United Kingdom. Pada Mei 1959 Baginda dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor. 
Sultan Iskandar dimasyhurkan menjadi Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Pada 12 Disember 1981, Baginda dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai, Johor. Pada 9 Februari 1984 hingga 1989, Baginda dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia kelapan. Dibawah pemerintahan Baginda, Johor terus maju.
Pelbagai pembangunan prasarana, perumahan, ekonomi, pelajaran, agama berkembang dengan pesat. Pembangunan Wilayah Selatan Johor dikenali sebagai Iskandar Malaysia telah dirasmikan oleh Baginda. Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Johor dikenali sebagai Kota Iskandar di Nusajaya telah dirasmikan oleh Baginda pada 16 April 2009 bersamaan 20 Rabiul Akhir 1430 H. Baginda mangkat pada 22 Januari 2010 dan dimakamkan pada 23 Januari 2010 di Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru.





SULTAN IBRAHIM
Tunku Ibrahim dilantik sebagai waris apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar menaiki takhta Kerajaan Johor dan dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Mulai 25 April 1984 hingga 25 April 1989 Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong. Tuanku  memanfaatkan tempoh sebagai Pemangku Raja untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan urusan negeri serta berdamping dengan rakyat. Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar. Tuanku mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri. Semangat juang dan kecenderungan aktiviti laut yang diwarisi dari keturunan Temenggong menjadikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku amat gemar dengan sukan lasak. Semasa berusia lima tahun Tuanku memandu bot laju dalam satu pertandingan bot. Tuanku berkebolehan dan bertauliah memandu kapal laut, kapalterbang jet dan helikopter dan merupakan Raja Melayu yang pertama yang mempunyai lesen memandu keretapi. Tuanku cekap menunggang kuda dan bermain sukan polo. Tuanku merupakan Raja Melayu yang menjelajah setiap pelusuk negeri pada setiap tahun untuk merapatkan diri dengan rakyat melaui Kembara Mahkota semenjak tahun 2001. 

2 comments:

  1. Assalammualaikum... Sy ucapkan syukur kpd Allah kerana membuka mata hati saya untuk menglihat salah silah kesultanan johor..sy trtarik dgn sukan aksi lasak yg diminati oleh baginda sultan Ibrahim...d waktu umur baginda 5tahun sudah aktif dlm pemotoran bot laju..sy kagum dgn Sultan Ibrahim...

    ReplyDelete